Keselamatan Akaun Media Sosial – Bagaimana ‘Phishing’ Boleh Ambil Alih Akaun Anda?

25 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Tarikh: Khamis, 24 Julai 2025
Masa: 3:00 PM – 4:30 PM
Platform: Zoom
Anjuran: NADI dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia

Kandungan Utama:
Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta tentang risiko pengambilalihan akaun media sosial melalui serangan phishing. Antara pengisian utama termasuk:
• Audit akaun media sosial secara langsung
• Semakan aplikasi pihak ketiga dan aktiviti log masuk luar biasa
• DEMO LIVE: Simulasi serangan phishing menggunakan Evilginx yang menunjukkan bagaimana akaun boleh dicuri hanya melalui satu klik

Webinar ini membuka mata pengguna dan peniaga atas talian tentang kelemahan akaun media sosial mereka serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil segera. Peserta juga dapat mempelajari kaedah semakan keselamatan sendiri yang praktikal dan mudah diikuti.

Program ini meningkatkan peranan NADI dalam mendidik masyarakat tentang keselamatan digital, khususnya kepada golongan pengguna aktif dan usahawan dalam talian. Ia memperkukuh imej NADI sebagai pusat rujukan ICT yang responsif terhadap isu semasa keselamatan siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali